Program Spirit of Nadeshiko, Rahsia Penjimatan Suri Rumah Jepun〜なでしこ魂:節約のコツ〜 anjuran Jawatankuasa Jaringan Industri dan Masyarakat, SLCP, UUM dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) ini adalah bertujuan untuk berkongsi tentang apakah kaedah-kaedah penjimatan yang digunakan oleh wanita-wanita Jepun ini dalam pengurusan kewangan keluarga. Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dan komuniti setempat untuk mempelajari secara langsung dari perkongsian ilmu amalan berjimat cermat Jepun. Program ini berlangsung selama 2 jam 30 minit secara dalam talian pada 31 Julai 2021.
Objektif program ini adalah
- Peningkatan amalan membudayakan kelestarian di peringkat masyarakat antarabangsa.
- Pendedahan kepada keunikan budaya jimat cermat suri rumah Jepun kepada penduduk Malaysia dalam persekitaran yang autentik.
- Memupuk hubungan profesional antara universiti dan komuniti serta meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi seterusnya meningkatkan kerjasama yang lebih erat dengan badan-badan NGO di Jepun yang berprestij.
- Mempromosikan Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Falsafah, UUM kepada masyarakat luar.
Program ini terbuka kepada komuniti setempatdan juga staf dan pelajar Universiti Malaysia Perlis, staf dan pelajar Universiti Utara Malaysia, Kolej Komuniti sekitar staf Pejabat Daerah Sik dan staf Majlis Daerah Sik.
Program ini memberi impak yang baik kepada peserta. Berdasarkan pre-test dan post-test yang dijalankan, peratusan jawapan daripada peserta menunjukkan peningkatan meskipun peningkatan yang sedikit. namun data menunjukkan berlaku perubahan yang lebih baik dari segi peningkatan ilmu berkaitan dengan kaedah berjimat cermat oleh suri rumah Jepun. Melalui program ini peserta mempelajari tentang pengurusan kewangan (15.9%), kaedah berjimat cermat (31.9% ), manafaat dalam kehidupan seharian (18.8%), budaya Jepun(13.1%) dan hal-hal lain seperti pengetahuan tentang penanaman herba dan kegunaannya.(20.3%)
Poster Program Spirit of Nadeshiko
Ucapan Aluan oleh Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Prof Dr. Shukri Ahmad.