Rumah Anak Yatim Gemilang, Sik, Kedah Full Article By Che Hasniah Ya'acob Project Manager Industrial Relation & Community Committee + Recycle Talk Language Game Closing Ceremony One Final Photo Get to know us through Our numbers The sky was cloudless and of a deep dark blue. The spectacle before us was indeed sublime. 0 Members The number of active members currently 0 Program The number of programs for the year 2022 0 Industry Number of colaboration made 0 Sponsorship Value of sponsorship received PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KE RUMAH ANAK YATIM GEMILANG, SIK Unit Bahasa Antarabangsa, UUM telah mengadakan satu program khidmat masyarakat yang juga merupakan antara tanggungjawab sosial warga Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) kepada masyarakat sekeliling. Usaha ini adalah tanda keprihatinan staf Unit Bahasa Antarabangsa terhadap komuniti luar kampus dan bukan hanya sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar di UUM sahaja. Oleh itu, program khidmat masyarakat ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan awal mengenai bahasa antarabangsa kepada anak-anak yatim di rumah anak yatim Gemilang di Sik. Aktiviti-aktiviti yang dirangka oleh staf dari Unit Bahasa Antarabangsa adalah bermanfaat dan bersesuaian kepada mereka. Selain itu, staf Unit Bahasa Antarabangsa, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah juga akan bekerjasama dengan Syarikat E-Idaman dalam berkongsi maklumat tentang kitar semula di rumah anak yatim dalam usaha mengurangkan bahan sisa pepejal sekaligus dapat menanam sikap syangkan alam sekitar melalui amalan kitar semula barangan terpakai dalam kalangan anak-anak yatim GEMILANG Sik. Di samping itu, program ini merupakan kolaborasi antara Sahabat PEYATIM Kedah & Unit Bahasa Antarabangsa SLCP UUM di Rumah Gemilang, Sik yang diadakan pada 15 September 2022. Program ini juga mendapat tajaan daripada, sahabat PEYATIM. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah 3R Talk yang bertajuk “Kenapa perlu kitar semula?” yang disampaikan oleh wakil E- Idaman. Aktiviti International Language Games ini turut dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal terhadap bahasa asing kepada anak-anak yatim di rumah Gemilang. Tn Hj Abd Rahman, iaitu Penolong Setiausaha Rumah Gemilang turut sama menghadiri majlis ini.