RESEARCH AND PUBLICATION 

Penyelidikan & Penerbitan Sinergi ilmu dalam kepelbagaian bidang yang berfokus kepada pengajian bidang linguistik, sastera, sejarah, pengajian Islam dan ketamadunan sentiasa menjadi keutamaan di SLCP.

Dalam hal ini, SLCP sangat mengalu-alukan kerjasama akademik dengan institusi di dalam mahupun di luar negara. Selain usaha berkaitan penghasilan penyelidikan bermutu menerusi kerjasama geran penyelidikan (matching grant), Memorandum Persefahaman (MOU dan MOA), SLCP juga giat menjenamakan pusat pengajian ini dengan penganjuran program wacana ilmiah, forum, persidangan dan kolokium.

Kini, SLCP turut mempunyai tiga (3) produk jurnalnya yang tersendiri, iaitu RENTAS: Bahasa, Sastera dan Budaya, Malaysian Journal of Applied Linguistics (MJoAL), dan Applied History Journal of Merong Mahawangsa (AHJMM)

Image