Program Bengkel Asas Bahasa Antarabangsa bertujuan membantu pelajar-pelajar sekolah menengah untuk mempelajari Bahasa Antarabangsa. Jawatankuasa Jaringan Industri dan Masyarakat dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) telah merancang mengadakan bengkel asas Bahasa Antarabangsa beserta memberi pendedahan budaya asing kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang terpilih di negeri Kedah. Program ini berlangsung selama 2 hari secara dalam talian pada 23 dan 24 Julai 2021.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk:
- Memperkenalkan Bahasa dan budaya antarabangsa seperti Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin kepada pelajar sekolah agar mereka dapat memahami Bahasa dan budaya asing.
- Pelajar sekolah akan memperolehi nilai tambah sebagai seorang pelajar.
- Memberi ruang dan peluang kepada warga SLCP untuk berkomunikasi dan berkongsi ilmu kepada komuniti luar khususnya pelajar sekolah.
- Mempromosikan Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Falsafah, UUM kepada masyarakat luar.
Senarai pihak luar yang terlibat:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok
Jalan Sintok
06010, Sintok
Kedah, Malaysia
Telefon = +6-04-9241028
- Maktab Rendah Sains Mara Pendang
Jalan Jenun, Kilang Kecil,
06700 Pendang, Kedah
Telefon: 04-758 3858
- Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Merbau
Felda Lubok Merbau,
06710, Pendang
Kedah, Malaysia
Telefon = +60 4-7520933
- The Japan Foundation, Kuala Lumpur(JFKL)
18th Floor, Northpoint Block B,
Mid-Valley City, No. 1, Medan Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia
JFKL Japanese Language Department
Telefon: 03-2284 7228
Program ini memberi impak yang baik kepada peserta. Berdasarkan maklum balas tinjauan yang telah dijalankan, lebih 50% daripada keseluruhan peserta bersetuju bahawa program ini menambahkan ilmu bahasa dan budaya antarabangsa kepada mereka.
Perasmian Bengkel
Kelas Bahasa Jepun sedang berlangsung
Kelas Bahasa Mandarin sedang berlangsung
Sesi bersama JFKL sedang berlangsung
Kelas Bahasa Korea sedang berlangsung