WELCOME TO SLCP

Image

bismillah

Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah yang kini memiliki Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah yang kini memiliki empat program sarjana muda baharu akan terus mengorak langkah bagi mengupayakan wawasan negara untuk memacu kecemerlangan dalam konteks bahasa, ketamadunan dan falsafah. Bagi menggapai aspirasi ini, SLCP bakal menawarkan satu lagi program sarjana muda baharu dalam bidang Pengajian Islam yang bakal melengkapkan pusat pengajian ini bagi memacu kemerlangan akademik di Universiti Utara Malaysia.

Hasrat SLCP tidaklah tertakluk kepada kecemerlangan setempat semata-mata. Selaras dengan visi dan misi SLCP untuk menghasilkan mahasiswa yang cemerlang di persada dunia, SLCP akan terus bersama-sama menggarap hasrat untuk memajukan masyarakat dunia berteraskan dua saluran utama, iaitu menerusi proses pemerkasaan bahasa, serta kebudayaan dan adab. Inilah hasrat yang ingin direalisasikan di pusat pengajian ini.