Dikala pandemik Covid-19 ini berlaku, kita sebagai rakyat Malaysia tidak boleh lupa akan hari yang penting buat negara kita iaitu Hari Kemerdekaan. Justeru itu sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-64, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah telah menganjurkan satu pertandingan menghasilkan video pendek yang bertemakan Kemerdekaan. Pertandingan ini telah disertai oleh tujuh kumpulan dan setiap kumpulan diwakili lima orang peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswa-mahasiswa program Sarjana Muda Sastera Linguistik dan Teknologi Maklumat (BLIT). Pelbagai hadiah menarik juga disediakan untuk para pemenang. Setiap kumpulan menghasilkan video pendek ini dengan mengaplikasikan kemahiran yang sedia ada dan juga kemahiran yang dipelajari ketika berada di dalam program BLIT ini. Oleh itu, para pelajar tidak mempunyai masalah untuk menyiapkan video pendek tersebut pada masa yang ditetapkan. Setiap video yang dihasilkan juga mempunyai maksud yang tersendiri. Diharapkan pandemik Covid-19 ini segera berakhir supaya sambutan kemerdekaan dapat dilakukan dengan meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Semoga dengan penganjuran pertandingan ini juga dapat menaikkan semangat patriotik setiap warganegara Malaysia untuk tidak berputus asa berjuang melawan virus Covid-19 ini dan mengembalikan semula kemerdekaan dan kebebasan negara seperti dahulu.
Program Bengkel Asas Bahasa Antarabangsa bertujuan membantu pelajar-pelajar sekolah menengah untuk mempelajari Bahasa Antarabangsa. Jawatankuasa Jaringan Industri dan Masyarakat dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) telah merancang mengadakan bengkel asas Bahasa Antarabangsa beserta memberi pendedahan budaya asing kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang terpilih di negeri Kedah. Program ini berlangsung selama 2 hari secara dalam talian pada 23 dan 24 Julai 2021. Objektif program ini dijalankan adalah untuk: Memperkenalkan Bahasa dan budaya antarabangsa seperti Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin kepada pelajar sekolah agar mereka dapat memahami Bahasa dan budaya asing. Pelajar sekolah akan memperolehi nilai tambah sebagai seorang pelajar. Memberi ruang dan peluang kepada warga SLCP untuk berkomunikasi dan berkongsi ilmu kepada komuniti luar khususnya pelajar sekolah. Mempromosikan Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Falsafah, UUM kepada masyarakat luar. Senarai pihak luar yang terlibat: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok Jalan Sintok 06010, Sintok Kedah, Malaysia Telefon = +6-04-9241028 Maktab Rendah Sains Mara Pendang Jalan Jenun, Kilang Kecil, 06700 Pendang, Kedah Telefon: 04-758 3858 Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Merbau Felda Lubok Merbau, 06710, Pendang Kedah, Malaysia Telefon = +60 4-7520933 The Japan Foundation, Kuala Lumpur(JFKL) 18th Floor, Northpoint Block B, Mid-Valley City, No. 1, Medan Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia JFKL Japanese Language Department Telefon: 03-2284 7228 Program ini memberi impak yang baik kepada peserta. Berdasarkan maklum balas tinjauan yang telah dijalankan, lebih 50% daripada keseluruhan peserta bersetuju bahawa program ini menambahkan ilmu bahasa dan budaya antarabangsa kepada mereka. Perasmian Bengkel Kelas Bahasa Jepun sedang berlangsung Kelas Bahasa Mandarin sedang berlangsung Sesi bersama JFKL sedang berlangsung Kelas Bahasa Korea sedang berlangsung
Program Spirit of Nadeshiko, Rahsia Penjimatan Suri Rumah Jepun〜なでしこ魂:節約のコツ〜 anjuran Jawatankuasa Jaringan Industri dan Masyarakat, SLCP, UUM dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) ini adalah bertujuan untuk berkongsi tentang apakah kaedah-kaedah penjimatan yang digunakan oleh wanita-wanita Jepun ini dalam pengurusan kewangan keluarga. Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dan komuniti setempat untuk mempelajari secara langsung dari perkongsian ilmu amalan berjimat cermat Jepun. Program ini berlangsung selama 2 jam 30 minit secara dalam talian pada 31 Julai 2021. Objektif program ini adalah Peningkatan amalan membudayakan kelestarian di peringkat masyarakat antarabangsa. Pendedahan kepada keunikan budaya jimat cermat suri rumah Jepun kepada penduduk Malaysia dalam persekitaran yang autentik. Memupuk hubungan profesional antara universiti dan komuniti serta meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi seterusnya meningkatkan kerjasama yang lebih erat dengan badan-badan NGO di Jepun yang berprestij. Mempromosikan Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Falsafah, UUM kepada masyarakat luar. Program ini terbuka kepada komuniti setempatdan juga staf dan pelajar Universiti Malaysia Perlis, staf dan pelajar Universiti Utara Malaysia, Kolej Komuniti sekitar staf Pejabat Daerah Sik dan staf Majlis Daerah Sik. Program ini memberi impak yang baik kepada peserta. Berdasarkan pre-test dan post-test yang dijalankan, peratusan jawapan daripada peserta menunjukkan peningkatan meskipun peningkatan yang sedikit. namun data menunjukkan berlaku perubahan yang lebih baik dari segi peningkatan ilmu berkaitan dengan kaedah berjimat cermat oleh suri rumah Jepun. Melalui program ini peserta mempelajari tentang pengurusan kewangan (15.9%), kaedah berjimat cermat (31.9% ), manafaat dalam kehidupan seharian (18.8%), budaya Jepun(13.1%) dan hal-hal lain seperti pengetahuan tentang penanaman herba dan kegunaannya.(20.3%) Poster Program Spirit of Nadeshiko Ucapan Aluan oleh Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Prof Dr. Shukri Ahmad.