Pengenalan
Unit Pentadbiran dan Kewangan bertanggungjawab menguruskan hal-hal pentadbiran dan kewangan jabatan, menjadi wakil kepada jabatan lain dalam menguruskan sesuatu majlis dan menetapkan penyampaian maklumat semasa melalui e-mel dalaman universiti.

Fungsi

Urusan Pentadbiran Jabatan

  1. Menyediakan laporan-laporan/maklumat Jabatan dan Universiti seperti Laporan Tahunan Jabatan, Laporan Aktiviti Unit untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan, Penyediaan Kertas MEU dan Pertanyaan pihak luar tentang aktiviti Universiti/Jabatan.
  2. Melaksanakan urusan-urusan pengacaraan konvokesyen.
  3. Persediaan Mesyuarat Jabatan dan Mesyuarat Birokrasi.
  4. Melaksanakan hebahan-hebahan Jabatan Pendaftar.
  5. Memproses Permohonan Rekod Cuti Jabatan Pendaftar.  

 
Mengurus Kewangan Jabatan

  1. Membantu dalam urusan pembelian peralatan/bekalan pejabat
  2. Memproses arahan bayaran semua tuntutan daripada staf dan pembekal.
  3. Menguruskan Panjar Wang Runcit.
  4. Membantu dalam pengurusan Aset dan Inventori.

 
Mengurus Telefon Universiti

  1. Memproses bil telefon sambungan (bayaran penggunaan) untuk semua jabatan dan bil Telekom Malaysia  dalam sistem telefon Universiti (PABX) setiap bulan.
  2. Memproses permohonan talian telefon dalaman iaitu permohonan talian baru, naik dan turun taraf talian telefon.
  3. Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan (Telefonis) - menerima dan menyambung panggilan, mengemaskini nombor sambungan telefon.   
         

Mengurus Pos Universiti

  1. Memproses surat-surat serta franking mengikut harga berat surat untuk dipos.
  2. Mengedar surat-surat kepada pegawai-pegawai yang diterima dari dalam dan luar Universiti.
    Menjalankan tugas-tugas fotokopi dan menjilid dokumen.Merekod surat yang dihantar melalui pos laju dalam sistem dan mencari alamat untuk surat-surat yang tidak mempunyai alamat lengkap.